SUDUT KARYA
Program 'Kitar Semula' adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.
Pernahkah
anda dengar perkataan ‘ Kitar Semula’? Saya pasti anda tentu pernah
mendengarnya melalui televisyen atau mana-mana media massa. Maksud
kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan
semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai
bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan
kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai
dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu,
langkah-langkah yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program
tersebut. Sebenarnya,
program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan
buangan. Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan
hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas untuk kegunaan
pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak lengkap hidup sehelai
kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan jika
barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat
menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan
Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi
ekosistem dalam bumi. Bagi
menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan
tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan
sekolah-sekolah dan bandar serta di kampung. Tong-tong kitar semula
memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan seperti kertas, botol
kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja
pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar
semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar
dan mengelak daripada berlakunya pembungan sampah yang berleluasa. Pusat-pusat
kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi
bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada
pengilang-pengilang yang berkaitan. Pusat-pusat kitar semula memudahkan
pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain itu, dengan adanya
pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat
untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau
hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh
dikitar semula akan menggalakkan orang ramai untuk menghantar bahan
buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan wang
sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang
sudah dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi. Di
samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan
elektronik masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan
kepentingan kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih
kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio Televisyen Malaysia
sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik
malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga
boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka
halaman atau ‘homepage’ berkenaan alam sekitar dan proses kitar semula.
Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang ramai
menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan
maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik
minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini. Selain
itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap
sesiapa yang membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di
tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut dikenakan denda yang
maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukan
sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan
lalat, lipas dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan
terjejas jika mereka tidak berubah sikap. Justeru
itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama
untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu
mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus
spesis hidupan dan pokok di serata dunia. |